Wednesday, January 7, 2015

Hampir Tengah Malam !

Assalamualaikum korang.
Sekarang dah pukul 11:42 malam.
Tapi Kak Siti tiba-tiba gian nak menaip kat blog ni. Acaner ?

Kak Siti mintak maaf lah ye. Sebenornya takde apa pun yang penting.
Cuma nak try bubuh gambar je kat entry petang tadi..
Tapi tak boleh jugak :(
Mungkin Kak Siti perlu guna komputer atau tukar kepada henpon yang lebih canggih. Ehe ?

Alang-alang ni kan, Kak Siti nak bagitau lah..pokok lada yang baru alih ke dalam pasu ni, masih elok..segor jerk. Pokok ni Mak yang bagi..3 hari lepas.
Sebenornye, dah banyak kali Mak bagi, tapi Kak Siti tak pandai jaga..asyik layu jerk.
Harapnya kali ni, boleh lah pokok lada ni terus sihat, segar bugar dan membuahkan hadil.
Korang doakan lah ye ;)
Nanti bolehlah Kak Siti petik lada tu, buat sambal belacan :p

K lah korang..
Makin lama dilayan, makin merepek pulak Kak Siti ni kan.

Bye-bye. Selamat Malam.

Family Gathering

Assalamualaikum korang. Moga korang sehat dan gembira sentiasa di samping orang tersayang.
Kak Siti pun Alhamdulillah sihat.

Entry kali ni, Kak Siti nak citer pasal family. Family siapa ? Family Kak Siti lah :p

Minggu lepas, Abah buat kenduri tahlil. Maka, berkumpullah kami adik beradik 9 orang kat umah Abah. Bukan selalu. Peluang keemasan nih.

4 dari kami dah berkeluarga. Memang jarang nak berjumpa serentak. Kalau Raya Puasa atau Raya Haji pun, ada yang perlu bergilir di rumah mertua ;)

Jadi, peluang macam ni memang sangat berharga. Ni lah masa nak bertemu dengan ipar dan adik beradik. Juga peluang untuk anak Kak Siti bertemu dengan sepupu-sepupunya.Seronok.

Kesimpulannya, ( eh! apa ni tiba-tiba je kesimpulan ) bahagia itu perlu dicari. Jangan sedih-sedih okay.

Friday, January 2, 2015

6 Tips Minum Air Kosong

Assalamualaikum korang.

Harini 2 Januari 2015.
Jumaat yang ceria ;)
Penghulu hari yang indah.

Atas kecerian dan keindahan ini, maka, harini Kak Siti nak bagi tips kesihatan kat korang.
6 Tips Minum Air Kosong.
Heheee minum pun ada tips, ada cara =P
Khas untuk korang yang liat nak minum air kosong.
Selalu sangat minum air manis pun, tak elok kan..

1. Bagi kita orang dewasa, sukat 2 liter air dalam botol, dan target mesti habiskan air tersebut dalam tempoh 24 jam. Dari pagi hari hingga sebelum tidur, malam hari. Mesti habiskan !

2. Minum lebih dari 2 liter jika korang buat aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh. Atau ketika cuaca panas.

3. Lebihkan minum air kosong di siang hari berbanding waktu malam.

4. Minum air kosong setiap kali rasa dahaga. Cuba elakkan air berkarbonat/air gas serta air berkafein. Pendek kata, dahaga je air kosong, air kosong je dahaga =P

5. Minum air kosong dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Maksudnya, minum hanya beberapa teguk setiap kali rasa dahaga tetapi selalu-selalukan diri berkawan rapat dengan air masak tu ;)
Korang janganlah minum 1 liter terus. Kembung perut pulak karang !

6. Pastikan air kosong yang korang minum tu adalah air yang ditapis sempurna. Bertujuan supaya korang tak mendekati penyakit oleh sebab bahan logam dan unsur-unsur lain yang terkandung dalam air paip. Atau lebih senang, pastikan air kosong tu dah dimasak terlebih dahulu sebelum diminum. No cirit-birit okey !

Eh, dah cukup 6 tips minum air kosong =D
Sebenarrnya, Kak Siti ada banyak lagi tips nak kongsi dengan korang berkaitan dengan minum air kosong ni..
So, kita jumpa lain kali k.

Selamat mempraktikkan tips minum air kosong ye. Demi kesihatan korang jugak =p

Dan Selamat Tahun Baru 2015.
Esok, sambutan maulidul rasul. 12 Rabiul Awal 1436 Hijrah.
Ni lagi, Kak Siti nak pesan, perbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Semoga kita dekat dengan nya di akhirat nanti.

K bye. Jangan marah-marah =D

Monday, December 22, 2014

Azam 2015

Assalamualaikum korang.

Hari ni 22 Dec. Dah hampir masuk tahun 2015.

Macam biasa, tahun baru je, azam baru.

Apa azam korang ?
Nak kawen ?
Nak beli rumah ?
Nak bawak mak ayah p umrah ?
Aminn...
Harapnya, azam tu mestilah menjadikan diri kita lebih baik berbanding tahun 2014 k.

Kak Siti ada azam jugak.
Azam Kak Siti nak baca 2 buah buku seminggu =D

Buku ilmiah sahaja k.
Kak Siti suka buku topik motivasi, bisnes, kewangan dan lain-lain.

Korang suka baca buku apa ?

Ingat ni..Membaca Jambatan Ilmu =D

K bye, jangan marah2.. :p